Sunday, November 1, 2009

KENAPA?


Tanya diri anda..

Kenapa kita boleh berpakaian kemas sewaktu bertemu dengan kekasih, sedangkan kita hanya berpakaian ala kadar(asalkan menutup aurat) sewaktu bertemu pencipta,
Kenapa kita boleh membaca komik-komik atau novel-novel sehingga ke halaman terakhir setiap hari, tetapi sukar untuk kita membaca al-Furqan walaupun satu halaman,
Kenapa kita mudah keluarkan wang untuk barangan mahal tetapi payah untuk kita menzuhudkan wang ke jalan agama,
Kenapa kita mampu membeli pelbagai buku-buku rujukan, tetapi susah untuk kita membeli buku-buku agama dan Al-kitab,
Kenapa kita boleh membeli kain berela-ela untuk baju raya tetapi kita tak mampu membeli kain yang cukup untuk menutup aurat ,
Kenapa kita boleh tinggalkan kesibukkan untuk ke tayangan, tetapi sukar untuk kita meluangkan masa untuk ke majlis ilmu,
Kenapa kita sering mempersendakan pegangan orang lain, sedangkan kita ada pegangan kita sendiri,
Kenapa kita sering merendahkan orang lain sedangkan mereka mungkin lebih hebat dari kita,
Kenapa kita harus membangga diri, sedangkan ada lagi yang lebih hebat,
Kenapa kita menipu diri kita, sedangkan kita tahu itu adalah kebenaran,
Kenapa kita harus mengikuti jejak langkah orang lain sedangkan kita tahu itu salah,
Kenapa kita tidak berusaha sedangkan kita boleh lakukan,
Kenapa kita mudah putus asa sedangkan kita boleh cuba di masa depan.

insyaAllah renungkan...sama-sama kita amik ikhtibar.