Sunday, November 1, 2009

KENAPA?


Tanya diri anda..

Kenapa kita boleh berpakaian kemas sewaktu bertemu dengan kekasih, sedangkan kita hanya berpakaian ala kadar(asalkan menutup aurat) sewaktu bertemu pencipta,
Kenapa kita boleh membaca komik-komik atau novel-novel sehingga ke halaman terakhir setiap hari, tetapi sukar untuk kita membaca al-Furqan walaupun satu halaman,
Kenapa kita mudah keluarkan wang untuk barangan mahal tetapi payah untuk kita menzuhudkan wang ke jalan agama,
Kenapa kita mampu membeli pelbagai buku-buku rujukan, tetapi susah untuk kita membeli buku-buku agama dan Al-kitab,
Kenapa kita boleh membeli kain berela-ela untuk baju raya tetapi kita tak mampu membeli kain yang cukup untuk menutup aurat ,
Kenapa kita boleh tinggalkan kesibukkan untuk ke tayangan, tetapi sukar untuk kita meluangkan masa untuk ke majlis ilmu,
Kenapa kita sering mempersendakan pegangan orang lain, sedangkan kita ada pegangan kita sendiri,
Kenapa kita sering merendahkan orang lain sedangkan mereka mungkin lebih hebat dari kita,
Kenapa kita harus membangga diri, sedangkan ada lagi yang lebih hebat,
Kenapa kita menipu diri kita, sedangkan kita tahu itu adalah kebenaran,
Kenapa kita harus mengikuti jejak langkah orang lain sedangkan kita tahu itu salah,
Kenapa kita tidak berusaha sedangkan kita boleh lakukan,
Kenapa kita mudah putus asa sedangkan kita boleh cuba di masa depan.

insyaAllah renungkan...sama-sama kita amik ikhtibar.

Sunday, October 25, 2009

Tilmiz - Doa Keluar Rumah - Muxlim Tv

Doa Keluar Rumah

Wahai kawan-kawan khususnya di Manipal, memandangkan kondisi jalan di India yang kurang meyakinkan sebaiknya kita amalkan doa sebelum keluar dari asrama. Memang lah ajal maut di tangan tuhan dan kita boleh terserempak dengan maut di mana jua berada dan pada bila-bila masa. Dan ini bukan lah satu indikasi yang bahawa kita ini takut kepada maut dan sayang pada dunia, kita hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Sekian.

Wednesday, October 21, 2009

A POEM FOR ZIK..

A sailor's prayer

Lord, behold over our family of seafarers assembled,
We thank Thee for the ships in which we Dwell,
For the love and camaraderie that with us,
For the peace You accord us in daily lives,
For the hope which we expect the marrow,
For the health, the work, the food,
For the bright skies and calm seas
that melle our lives delightful,
For our friends in all parts of the earth.

Thank you Lord for the passage of
time with these sailors,
who have departed whom You have
recalled,
their memories are fresh and
treasured.

AMIN.

Thursday, October 8, 2009

RINDU.

Sudah hampir sepurnama berada di negara yang jauh dari tanah air. Hati mula berdesus merindui kampung halaman, ayah, ibu dan adik. Segenlintir mungkin berkata dah besar pun masih 'homesick' ke?Tapi cuba renungkan kembali, bukankah 'homesick' itu tandanya kita masih sayang akan keluarga dan tempat kita dibesarkan dari sebesar tapak tangan ibunda hinggalah kini, kita sudah mampu melakukan apa sahaja termasuk mengguris hati ibu dan bapa kita. Kita asyik dan alpa dalam mengejar apa yang kita mahukan dan tanpa disedari mungkin hati-hati ibunda dan ayahanda yang sudah rapuh, mudah disakiti.Tetapi, mintalah dan berdoalah agar kita dijauhkan dari perbuatan yang mampu menyakitkan hati ibunda dan ayahanda di kampung halaman.





Friday, October 2, 2009

no title.


Perasaan dan cinta bukan lah permainan kanak-kanak dan bukan sesuatu yang boleh dipermainkan. Jika tidak, akan ada suatu masa yang akan disakiti dan menyakiti. Jika suatu detik, ini berlaku, kita akan berhajat agar bisa memutarkan putaran dunia dan meminta-minta untuk mengembalikan masa lampau yang sememangnya melampaui batasan seorang manusia biasa. Pada masa itu hujan penyesalan akan menimpa bumi khilaf yang kesudahannya munculah lembayung tujuh warna yang mewarnai keinsafan.

Thursday, October 1, 2009

you and me.


Assalammualaikum dan salam sejahtera pembuka kalimah. sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menari-nari dia atas papan kekunci ini. Tiba-tiba tercetus satu tolakkan yang mendorong untuk menulis lagi dan berkongsi. Hati telah lama berbicara supaya menulis kembali tetapi kekangan demi kekangan tidak membenarkan. Di saat hujan, salah satu ciptaan tuhan yang agung, di saat pawana menghembus kesejukan, yang lantas mengundang lamuni, tiba-tiba hati sekali lagi berbicara. Tetapi saat ini sesuatu kelainan berlaku yang pengakhirannya mendorong saya untuk menulis di blog ini.

Setelah tiga minggu meninggalkan bumi kelahiran, johor bahru, terasa rindu akan kampung halaman dan pelbagai kerisauan timbul di lubuk pemikiran. Adakah keadaan di sana baik-baik sahaja atau sebaliknya. Janggalnya jikalau pulang ke rumah kita sering mengeluh mengatakan kita sangat bosan dan lantas kita terasa seronok untuk mengangkat kaki dan melangkah ke tempat-tempat yang menghiburkan selain dari rumah yang di mata kita jelas membosankan. Sekarang sepatutnya kita tidak perlu berasa bosan lagi kerana kaki kita telah pun melangkah jauh beribu batu dari rumah. Walau bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku. Memang benar lah orang kata, dengan berjauhan kita akan lebih merindui.

Revolusi baru telah berlaku pada diriku dan akhirnya diriku bergelar pelajar perubatan. Pada mulanya ako tidak mempercayai apa yang telah berlaku dan mula ragu-ragu untuk melangkah garisan yang membedakan dunia lamaku dan dunia perubatan. Dalam kegelapan keraguan ako mencari sinar semangat dan cuba untuk menerima kenyataan dan realiti. Sebanarnya saya tidak pernah merancang untuk bertapak di dunia perubatan dan hanya mengikuti apa yang telah ditentukan. Ada mengatakan bahawa kita perlu merancang kehidupan kita dan ada juga yang mengatakan masakan kita boleh mengatur apa yang perlu dibuat pada masa hadapan sedangkan kita tidak tahu apa yang ada di depan. Analogi yang boleh diberikan adalah seekor ikan berenang terus mengikuti arus sungai, adakah ikan itu tahu bahawa depannya terdapat air terjun yang tinggi?

Kehidupan baru di bumi perantauan yang megah dengan keunikan hasil seni bina dan lambang percintaan Maharaja Mughal Shah Jahan dan isteri, kadangkala mencabar. Iman dan intergriti sering diuji dan bergantung pada kekuatan kita menahan anasir-anasir jahat ini dari berakar umbi pada diri. Iman perlu diasah seperti tajamnya pedang saifullah Al-maslul milik Khalid bin Al-Walid supaya boleh mencantas segala halangan dan kejahatn yang cuba menghampiri. Diri juga hendaklah bersabar dan sentiasa berdoa akan kejayaan gemilang di kemudian hari. Pada rakan yang lain juga teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana cabaran itu mendewasakan kita.