Thursday, October 8, 2009

RINDU.

Sudah hampir sepurnama berada di negara yang jauh dari tanah air. Hati mula berdesus merindui kampung halaman, ayah, ibu dan adik. Segenlintir mungkin berkata dah besar pun masih 'homesick' ke?Tapi cuba renungkan kembali, bukankah 'homesick' itu tandanya kita masih sayang akan keluarga dan tempat kita dibesarkan dari sebesar tapak tangan ibunda hinggalah kini, kita sudah mampu melakukan apa sahaja termasuk mengguris hati ibu dan bapa kita. Kita asyik dan alpa dalam mengejar apa yang kita mahukan dan tanpa disedari mungkin hati-hati ibunda dan ayahanda yang sudah rapuh, mudah disakiti.Tetapi, mintalah dan berdoalah agar kita dijauhkan dari perbuatan yang mampu menyakitkan hati ibunda dan ayahanda di kampung halaman.





6 comments: