Thursday, October 1, 2009

you and me.


Assalammualaikum dan salam sejahtera pembuka kalimah. sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menari-nari dia atas papan kekunci ini. Tiba-tiba tercetus satu tolakkan yang mendorong untuk menulis lagi dan berkongsi. Hati telah lama berbicara supaya menulis kembali tetapi kekangan demi kekangan tidak membenarkan. Di saat hujan, salah satu ciptaan tuhan yang agung, di saat pawana menghembus kesejukan, yang lantas mengundang lamuni, tiba-tiba hati sekali lagi berbicara. Tetapi saat ini sesuatu kelainan berlaku yang pengakhirannya mendorong saya untuk menulis di blog ini.

Setelah tiga minggu meninggalkan bumi kelahiran, johor bahru, terasa rindu akan kampung halaman dan pelbagai kerisauan timbul di lubuk pemikiran. Adakah keadaan di sana baik-baik sahaja atau sebaliknya. Janggalnya jikalau pulang ke rumah kita sering mengeluh mengatakan kita sangat bosan dan lantas kita terasa seronok untuk mengangkat kaki dan melangkah ke tempat-tempat yang menghiburkan selain dari rumah yang di mata kita jelas membosankan. Sekarang sepatutnya kita tidak perlu berasa bosan lagi kerana kaki kita telah pun melangkah jauh beribu batu dari rumah. Walau bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku. Memang benar lah orang kata, dengan berjauhan kita akan lebih merindui.

Revolusi baru telah berlaku pada diriku dan akhirnya diriku bergelar pelajar perubatan. Pada mulanya ako tidak mempercayai apa yang telah berlaku dan mula ragu-ragu untuk melangkah garisan yang membedakan dunia lamaku dan dunia perubatan. Dalam kegelapan keraguan ako mencari sinar semangat dan cuba untuk menerima kenyataan dan realiti. Sebanarnya saya tidak pernah merancang untuk bertapak di dunia perubatan dan hanya mengikuti apa yang telah ditentukan. Ada mengatakan bahawa kita perlu merancang kehidupan kita dan ada juga yang mengatakan masakan kita boleh mengatur apa yang perlu dibuat pada masa hadapan sedangkan kita tidak tahu apa yang ada di depan. Analogi yang boleh diberikan adalah seekor ikan berenang terus mengikuti arus sungai, adakah ikan itu tahu bahawa depannya terdapat air terjun yang tinggi?

Kehidupan baru di bumi perantauan yang megah dengan keunikan hasil seni bina dan lambang percintaan Maharaja Mughal Shah Jahan dan isteri, kadangkala mencabar. Iman dan intergriti sering diuji dan bergantung pada kekuatan kita menahan anasir-anasir jahat ini dari berakar umbi pada diri. Iman perlu diasah seperti tajamnya pedang saifullah Al-maslul milik Khalid bin Al-Walid supaya boleh mencantas segala halangan dan kejahatn yang cuba menghampiri. Diri juga hendaklah bersabar dan sentiasa berdoa akan kejayaan gemilang di kemudian hari. Pada rakan yang lain juga teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana cabaran itu mendewasakan kita.

3 comments:

  1. ayed poyo ny...tp,bahase undeniably gmpak r..

    ReplyDelete
  2. ayed, ko ingat aku xtau ke taktik ni.

    ReplyDelete
  3. min,ada sbb blog baru ni wujud beserta bahasa yg mantap ni.hehe.

    ReplyDelete